Followers

Saturday, June 19, 2010

HANYA PADAMU YA ALLAH

Ya Allah.... Seandainya telah
Engkau catatkan... Dia milikku
tercipta buatku... Satukanlah
hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara
kami.... agar kemesraan itu
abadi... Dan Ya Allah... Ya
Tuhanku Yang Maha Mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari
hidup ini... Ketepian yang
sejahtera dan abadi...
Tetapi Ya Allah... Seandainya
telah Engkau takdirkan.... dia
bukan miliku... Bawalah ia jauh
dari pandanganku.... Luputkanlah
ia dari ingatanku... Dan
peliharalah aku dari
kekecewaan....
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang
Maha Mengerti.... Berikanlah aku
kekuatan... Melontar
bayangannya jauh ke dada
langit... Hilang bersama senja nan
merah.. agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama
dengannya...
Dan Ya Allah Yang Tercinta...
Gantillah yang telah hilang....
Tumbuhkanlah kembali yang
telah patah... Walaupun tidak
sama dengan dirinya... Ya Allah
Ya Tuhanku... Pasrahkanlah aku
dengan takdirMu...
Sesungguhnya apa yang telah
Engkau takdirkan... Adalah yang
terbaik buat ku.... kerana engkau
maha mengetahui... Segala yang
terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah Engkau
sahaja yang menjadi
pemeliharaku... Di dunia dan di
akhirat... Dengarlah rintihan dari
hamba Mu yang daif ini... Jangan
Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku kearah
kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang
pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama2 dapat
membina Kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
dan kurniakanlah padaku
keturunan yang soleh....
Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .


Post By: Mr Rafiqi Mohammad 9:40am 20/06/2010

Tuesday, June 15, 2010

SAMPAI HATI

Tergamaknya dirimu menghiris
hatiku
Tidakkah di hatimu punya
perasaan
Sampainya hatimu
meninggalkan aku
Di manakah janjimu yang setia
Betapa sepinya perjalanan hidup
ini
Di kiri kananku penuh duri
cintamu
Sampainya hatimu
membiarkanku rindu
Kau terus menghilang tanpa
berita

Entah mengapa rindu di hatiku
masih di dada
Bukannya mudah nak kulupakan
Adakah tanda aku masih
menyinta
Sedangkan engkau entah di
mana

Hanya Tuhan yang mengerti hati
dan perasaanku
Di tengah malam syahdu hatiku
merindu
Sampai hati kau pergi tanpa
pedulikanku lagi
Aku berdoa agar engkau bahgia

Biarlah aku abadikan cintaku
yang setia...
Oh... kekasih
Segala kenangan menjadi
rinduan
Cinta di hatiku seperti dulu..

Post By: Rafiqi Mohammad.
11:40am 16/06/2010

Saturday, June 12, 2010

TERTUTUP BUATMU

Selagi aku mengikutkan kata hati..
Selagi itu hidupku begini..
Tak terterdaya rasanya membuat keputusan..
Sekalipun menantimu satu penyiksaan..
Butakah mata,tulikah telinga ini..
Jiwaku seolah-olah terkunci..
Sukarku terima kenyataan yg pedih..
Sering dikhianati kekasih..
Tiba akhirnya kesedaran..
Hadirmu hanya bebenan..
Kejahilan ini andaiku biarkan..
Musnah masa depan ohh..
Bukan membenci tetapi jemu..
Telah berkali kau mendustaiku..
Mulai kini ruang hatiku..
Tertutup buatmu...

*suka dgr lagu nyanyian wan hardiah ni..tp tak dpt nak download..kat mane nak cari ek...

Post by: Mr.Rafiqi Mohammad 5:40pm 12/06/10

aku yg sakit

Ya Allah.. Knp la aku masih memikirkan dia..aku tau dia dh semakin jauh..jauh dan jauh..tp aku maseh tak mampu melupakn semua tu..knp aku tak kuat melalui semua ini..
Dah laa hmpir 2mggu aku sakit..mkn ubat pun tak kurang..di tmbh lagi dgn kedukaan ini..mbuat aku tak terthn dgn segala2nya.
Smlm nyaris tak kena tahan di wad..kerana drpd xray yg aku buat aku mengalami jangkitan diparu-paru..hah mcmana la pulak leh dpt sakit mcm nie..
Dugaan mmg tak terjangka..mcm2 perkara terjadi.. Sham abg minta maaf di atas segala keterlanjuran yg berlaku..abg nk call tp sering kali xdpt..fon awk pun dh off..abg tau awk xnk diggu..tp selg abg xdpt berckp ngn awk sndr abg xkan lega..tolong laa..
Abg sgt myesal ngan apa yg abg buat..walopun abg tau awk dh maafkn abg..
Tak pelah hari2 yg berlalu nnt abg belajar melupakan awk...

by Mr.Rafiqi Mohammad 4.30 pm 12/06/10

Monday, June 7, 2010

Dh Sihat

Salam..hari ni dah hari ke 12 rasanya dh bertambah sht semenjak bertukar antibiotic baru nie..alhamdulilah syukur pd Allah..aku redha diatas segala dugaannya.
Dan daripada ini aku nak melupakan segala kekalutan yang pernah berlaku..aku redha diatas segala yg berlaku..mungkin aku tak dpt menerima kenyataan pd mulanya tp aku tau kena ikhlaskan apa yg dah terjadi..mmg pahit utk menelan semuanya tp aku tau dh ketentuannya begitu..pun begitu aku tau apa yg berlaku ada hikmahnya..

Mr_Rafiqi 11.30am 8/6/10

Sunday, June 6, 2010

MIMPI YANG TAK SUDAH

Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi
Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman
Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan
impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang
Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak
sudah...

aku maseh igt lg si dia pernah menyanyikan lagu ini dulu..xpelah hanya bait2 lirik dpt ku taipkan disini....